Negeri Sabah cukup terkenal dengan tempat pelancongan yang kaya dengan alam semula jadi. Oleh itu, saya akan memperkenalkan beberapa tempat-tempat yang menarik di Sabah yang boleh menjadi panduan untuk anda yang mahu berkunjung ke Sabah nanti๐
1. DESA CATTLE FAIRY FARM
Ladang lembu di kawasan berbukit yang mempunyai pemandangan Gunung Kinabalu yang sangat cantik pasti menjanjikan pengalaman yang berbeza. Pengunjung boleh merasai udara dingin yang sepoi-sepoi dan mendekatkan diri dengan alam sekitar Kundasang ini. Pengunjung juga boleh membeli produk-produk seperti susu dan aiskrim yang segar-segar.
2. KUNDASANG MEMORIAL WAR
Satu memorial bersejarah bagi memperingati jasa-jasa askar British dan Australia yang mempertahankan kundasang daripada penjajahan tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua.
2. KUNDASANG MEMORIAL WAR
Satu memorial bersejarah bagi memperingati jasa-jasa askar British dan Australia yang mempertahankan kundasang daripada penjajahan tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua.
3. PANTAI TANJUNG ARU
Hanya terletak kira-kira 6 km dari bandar Kota Kinabalu. Destinasi santai bersama keluarga, rakan-rakan atau orang yang tersayang untuk berehat sambil melihat keindahan sunset pada waktu senja.
4. PULAU PENYU SANDAKAN
Terdiri daripada 3 buah pulau iaitu Pulau Selingan, Pulau Gulisan dan Pulau Bakkungan Kecil. 3 pulau ini menjadi tempat pendaratan penyu-penyu setiap tahun dan sering menjadi tumpuan pelancong untuk melihat penyu bertelur.
5. TAMAN KINABALU
Kinabalu Park ini sememangnya terkenal kerana di sinilah salah satu tempat pendaki untuk memulakan pendakian Gunung Kinabalu. Sama ada mahu mendaki atau tidak pengunjung boleh ke sini untuk bergambar dan melihat suasana sejuk berkabus di kawasan ini.
Semoga tempat-tempat yang menarik di sabah ini akan menjadi salah satu destinasi pelancongan anda nanti๐




Rindu Sabah...
ReplyDeletehahaa..iya tula kan
DeleteWawww best ohhhh..info2 menarik ttg tmpt2 pelancongan d sabah๐๐๐
ReplyDeleteCantiknya kundasang. Teringin nak pergi.
ReplyDeletecantiknya
ReplyDeletesaya sukakan pulau-pulau di sabah ..dn pantai nya snagt cntik,
ReplyDeleteInfo yg menarik.. Sabah sgt cntik dan setelah melihat post ini, sy makin teruja mahu ke sana.. ๐๐
ReplyDelete