Sebagai seorang manusia yang inginkan kejayaan, kita hendaklah sentiasa berusaha dan memotivasikan diri kita untuk maju ke hadapan. Motivasi adalah satu resepi untuk berjaya dalam apapun yang hendak kita capai.
1. TETAPKAN ARAH TUJU
Kita hendaklah menetapkan satu arah tuju dalam kehidupan kita. Untuk berjaya dalam sesuatu perkara, kita perlu menetapkan apa arah tuju yang perlu kita lakukan untuk mencapai matlamat dalam kehidupan kita.
2. JANGAN PUTUS ASA
Untuk mencapai matlamat kita, terkadang kita akan mengalami kegagalan. Namun, kita hendaklah berfikiran positif dan mengambil tindakan yang sepatutnya untuk memperbaiki kelemahan kita dan terus berusaha tanpa berfikir untuk berputus asa sahaja.
3. BELAJAR DARI KESILAPAN
Apabila kita mengalami kegagalan, kita haruslah meneliti kelemahan kita dan belajar dari kesilapan yang lepas. Untuk berjaya kita hendaklah berani mengorak langkah meskipun kita akan menghadapi kegagalan.
4. MERANCANG MASA DEPAN DEMI KEJAYAAN
Sebelum mengorak langkah, kita perlulah merancang masa depan kita dengan baik. Pilihan di tangan kita. Oleh itu, setiap pilihan membawa kesan yang berbeza kepada seseorang individu.
5. DOA DAN USAHA
Selain merancang sesuatu perkara, kita hendaklah berdoa dan berusaha dalam apapun yang hendak kita lakukan. Doa itu penting dalam sesuatu kejayaan kita.
Sekian sahaja tips dari sayaπ
"IF YOU CAN DREAM IT, YOU CAN DO IT"
-WALT DISNEY



