1. Bijak menguruskan masa.
Sebagai seorang pelajar, kita haruslah bijak menguruskan masa kita. sebagai contohnya, membuat jadual waktu. Dengan adanya jadual waktu, kita dapat membahagikan masa kita dengan baik. Kita dapat mengetahui apa yang perlu kita lakukan pada masa-masa tertentu. Oleh itu, masa kita tidak dibazirkan begitu saja dan dapat menyiapkan tugasan yang diberikan.. betul tak ?
2. Meluahkan masalah dengan orang yang dipercayai
Sekiranya kita menghadapi masalah dalam pelajaran ataupun masalah peribadi, kita hendaklah meluahkan masalah kita dengan orang yang kita percayai. Sebagai contohnya, sahabat kita, ibubapa, guru-guru, atau sesiapa yang boleh kita percayai. Apabila kita menceritakan masalah kita, kita akan berasa lega sedikit kerana ada orang yang mendengar masalah yang kita hadapi. Mereka juga dapat memberi pendapat mereka untuk membantu menyelesaikan masalah kita.
3. Melakukan aktiviti riadah
Riadah dapat membantu kita mengawal stress. Kita dapat bersuka ria melalui aktiviti riadah yang kita gemari. Otak dan badan kita akan terasa lebih segar dan cergas selepas itu dan kita juga dapat melupakan masalah kita buat sementara waktu.
4. Pemakanan yang sihat dan tidur yang secukupnya
Makan makanan yang berkhasiat dapat membantu dalam perkembangan diri kita dan juga menyihatkan tubuh badan kita. Tidur yang cukup dapat membantu otak kita untuk berehat dan kembali bekerja dengan lebih baik selepas itu.
5. Sentiasa berfikiran positif
Dalam menghadapi sesuatu permasalahan, kita haruslah melihat perkara itu dari segi yang positif.
Pemikiran yang positif membolehkan diri kita berasa yakin bahawa setiap permasalahan ada jalan keluarnya dan seterusnya kita dapat menyelesaikan masalah itu dengan baik.
Sekian dari saya, semoga tips ini dapat memberi manfaat kepada kamu semua..😊😊😊😊
Tq...for u sharing
ReplyDeleteTq...for u sharing
ReplyDeleteokay
ReplyDeleteThanks utk tips nya yaa 😀😀
ReplyDeleteThanks,
ReplyDeletegood job..thanks for sharing
ReplyDeletethank for information..
ReplyDelete